19 November 2008

Ceramah Di Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional

Assalamualaikum.

Semalam saya telah dijemput menyampaikan ceramah sempena Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) Daerah Hulu Selangor anjuran bersama Persatuan Belia Insaf dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Selangor.

Saya berceramah di hadapan kira-kira 100 belia yang terpilih bagi mengikuti program ini. Banyak isu yang telah saya kupas terutamanya isu berkaitan semangat patriotisme di kalangan remaja dan belia masa kini.

Saya turut menyentuh sejarah kemerdekaan tanah air di mana para pejuang terdahulu berjuang memerdekakan negara dengan penuh kepayahan menentang penjajah-penjajah. Melaka misalnya jatuh ke tangan Portugis pada 1511 disebabkan kurangnya semangat patriotisme di kalangan rakyat pada masa itu.

Saya juga telah mengingatkan para peserta program agar mengutamakan perpaduan dan bersatu kerana itu adalah kata kunci kepada keamanan dan kesejahteraan hidup di negara ini.

Di samping itu, para belia harus peka dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala negatif yang akan merugikan diri sendiri dan negara.







2 ulasan:

Hairul berkata...

Rakyat masih memerlukan pemimpin seperti Dato' Zainal terutamanya kawasan di Daerah Hulu Selangor ini. Saya tertanya-tanya, kenapa Dato' tidak Aktif lagi dalam politik seperti dulu sedangkan kami masih memerlukan Pemimpin seikhlas Dato', Terima Kasih.

Dato' Zainal berkata...

Terima kasih saudara Hairul.

Sebenarnya saya masih lagi aktif seperti biasa di dalam politik. Di Hulu Selangor, saya telah dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO untuk meneruskan agenda parti.

Sama-sama kita berjuang demi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.