07 November 2008

Dari Blog Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Saya tetap menawar diri jika cukup pencalonan

Salam bahagia dan salam sejahtera untuk semua. Pagi ini saya sempat untuk membuat sedikit catitan ringkas khusus berkaitan dengan persidangan UMNO bahagian-bahagian yang memasuki minggu terakhir hujung minggu ini.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tetap akan bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian-bahagian.

Tiada timbul soal menarik diri dari bertanding kerana saya berhasrat untuk memberi pilihan kepada ahli dalam memilih seorang timbalan presiden. Saya jelaskan ini kerana di minggu-minggu akhir ini telah timbul cerita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya saya akan menarik diri. Cerita sebegini akan mempengarohi pencalonan dari bahagian-bahagian pada hujung minggu ini. Saya sekarang telah mendapat 29 pencalonan dan saya berharap menjelang hujung minggu ini saya akan diberi quota yang mencukupi untuk menawar diri sebagai calon timbalan presiden.

Saya menerima banyak maklumat dari sahabat dan rakan-rakan kononnya ada pihak yang menabur cerita karut kononnya saya akan menarik dari. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tetap akan menawar diri bertanding timbalan presiden sekiranya mencukupi quota pencalonan. Dan saya menyeru kepada bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat hujung minggu ini akan dapat memberi pencalonan kepada saya.

Malah saya berharap saya dan Dato Ali Rustam akan diberi hak untuk bertanding dengan memberi pencalonan yang mencukupi.

0 ulasan: