Assalamualaikum.
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah menganjurkan program kempen "Go Red For Women" yang diadakan di bangunan YBK, Batang Kali.
Program yang julung-julung kali diadakan di luar bandar Malaysia Barat ini menyaksikan pelbagai acara diatur bermula dari pagi hingga ke petang. Ceramah kesihatan, demonstrasi masakan dan lain-lain dijalankan di samping pemeriksaan kesihatan percuma.
Saya di dalam ucapan perasmian penutup program telah mengingatkan peri pentingnya penjagaan kesihatan oleh setiap individu. Pengurusan pemakanan adalah kata kunci kepada kesihatan diri.
Saya telah mengambil contoh bagaimana kaum Tionghua di Malaysia cukup mengambil berat soal kesihatan diri mereka dengan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperti berjogging, tai chi dan sebagainya.
Oleh yang demikian, saya sempat menyeru kepada semua pihak agar mula mengambil inisiatif dan mewujudkan tempat-tempat senaman di kawasan masing-masing agar dapat dimanfaatkan bersama demi kesihatan badan.
Semoga projek perintis YJM bersama YBK ini akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

0 ulasan:
Catat Ulasan