Syukur Alhamdulillah, UMNO Bahagian Hulu Selangor telah selesai mengadakan persidangan pada 9 November yang lalu (Ahad).
Mesyuarat berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden dan pemilihan jawatan peringkat bahagian berjalan tanpa masalah.
Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Mohamed Idris Abu Bakar yang telah berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian dan syabas diucapkan kepada YB Mohd Isa Abu Kasim yang berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian tanpa bertanding, selepas saya mengambil keputusan menarik diri.
Kepada para ahli-ahli jawatankuasa baru yang dipilih, saya mengucapkan syabas dan tahniah.
Saya juga merasa bangga dan berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian yang telah mengumumkan semasa ucapan penangguhan beliau, untuk melantik saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Selangor yang baru.
Tugas baru ini insya Allah akan saya pikul dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap parti, bangsa dan negara.
Saya juga ingin melahirkan kesyukuran, rasa bangga saya dan ahli-ahli UMNO Hulu Selangor kerana telah berjaya mencalonkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan UMNO akan datang.
Pencalonan untuk Tan Sri Muhammad pada jam 12.40 tengah hari merupakan pencalonan ke-39 yang melayakkan beliau untuk bertanding. Ini merupakan suatu yang simbolik memandangkan UMNO Hulu Selangor adalah amat sinonim dengan nama Tan Sri Muhammad di mana beliau pernah menerajui bahagian ini suatu masa dahulu.
Semoga UMNO terus kukuh dan menjadi pembela kepada agama, bangsa dan tanah air.

1 ulasan:
Masih relevankah lagi UMNO Hulu Selangor? Itu adalah antara soalan - soalan yang bermain di bibir ahli UMNO dan masyarakat Hulu Selangor amnya.
Selepas keputusan pemilihan Pemuda tempoh hari, ramai yang kecewa dengan keputusan yang diperolehi.
Bukan ahli Pemuda sahaja yang kecewa, bahkan ramai dikalangan pimpinan cawangan yang senior turut melahirkan rasa kekecewaan dan kebimbangan mereka terhadap masa depan UMNO Hulu Selangor. Yang diluar UMNO juga turut bersedih kerana tiada apa - apa perubahan dalam kepimpinan seperti apa yang mereka harapkan bagi menguatkan lagi keinginan mereka berjuang bersama UMNO.
Mengapa ramai yang kecewa?
Mudah sahaja jawapannya. Mereka kecewa kerana barisan kepimpinan Pemuda masih berada di takuk lama. Bahkan ada yang berani mengatakan, barisan kali ini adalah antara yang paling teruk pernah dilahirkan oleh UMNO Hulu Selangor. Bayangkan, Ketua Pemuda dan Naib hanyalah seorang kontraktor. Tiada apa yang boleh dibanggakan selain mempunyai wang yang boleh disogok untuk membeli pencalonan dan undi. Dari banyak segi mereka jauh ketinggalan berbanding pimpinan Pemuda di bahagian - bahagian lain. Semua lapisan masyarakat kenal siapa Ketua dan Naib tersebut. Apa kelulusan mereka? Apa kelebihan mereka? Apa daya penarik mereka? Jawapannya,WANG. Parti - parti komponen Hulu Selangor seperti MCA, MIC dan Gerakan semuanya dipimpin oleh golongan berkelulusan dan berpendidikan. Apatah lagi parti pembangkang seperti PAS, Keadilan dan DAP.Yang lebih membimbangkan lagi, barisan EXCO yang dipilih turut tidak berdaya saing. 10 dari 15 orang EXCO tidak bekerja. Ada yang mempunyai rekod yang tidak baik di mata masyarakat. Dikhabarkan ada dikalangan EXCO terlibat didalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, kaki perempuan dan kaki botol, Wallahuallam.. Jadi bagaimana Hulu Selangor mahu memperkasakan UMNO di bahagian mereka? Menurut sumber juga, kepimpinan peringkat Bahagian mahukan mereka. Wakil - wakil rakyat juga mahukan barisan seperti ini. Mudah dikawal kerana bergantung hidup pada mereka katanya. Nampaknya UMNO ini bukan hakmilik akar umbi, tetapi hakmilik kepimpinan Bahagian dan YB- YB. Begitu jugalah kepimpinan Wanita. Masih di takuk lama.
Kekecewaan berlarutan sampai ke Persidangan Bahagian. Mereka yang bertanding diperingkat tertinggi adalah mereka yang tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Rekod buruk. Ketua Bahagian sediaada semua orang tahu apa ragamnya. Sering lewat dan lebih mengutamakan projek - projek serta golfnya. Yang menawarkan diri untuk menentang pun lebih kurang sama. Jadi ramai dikalangan perwakilan kurang semangat dan tiada pilihan untuk memilih kerana yakin walau siapapun yang menang, pasti tiada apa - perubahan yang bakal dilakukan melainkan perubahan yang ada pada mereka dan krono - kroni mereka seperti rumah & kereta semakin besar dan semakin kaya - raya. Untuk jawatan Timbalan, ramai yang kecewa kerana penyandang tiba - tiba menyatakan pendirian menarik diri. Mengapa tarik diri? Tidak sayangkah pada UMNO? Ini kerana lawannya walaupun YB, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh UMNO. Mereka kenal siapa dia. Tak tahu bagaimana beliau boleh tiba - tiba memiliki ijazah, sedangkan semua tahu siapa beliau sebelum menjadi YB. Dikhabarkan, dapat jadi YB pn kerana rajin mengampu Khir Toyo sampaikan Khir Toyo beri penyapu pada tempat daerahnya beliau masih menyatakan sokongan kuat pada Jawa tersebut. Jawatan Naib pun lebih kurang sahaja semua calon - calon yang bertanding. Tiada apa -apa kelebihan dari segi memantapkan parti. Masing - masing menyatakan mahu berkhidmat dan memperkukuhkan parti. Tapi hakikat sebenar mahu memperkukuhkan kocek sendiri. Begitu juga dengan mereka yang menawarkan diri bertanding AJK. Hampir semua Ketua Cawangan menawarkan diri bertanding AJK bahagian. Entah apa yang mereka hendak lakukan jika dipilih AJK bahagian sedangkan di Cawangan sendiri pun tunggang langgang. Nak mesyuarat pun korum tak cukum.
Itulah realiti UMNO Hulu Selangor. Kadang - kadang terfikir, inikah balasan Allah kepada UMNO dengan membiarkan mereka yang korupsi dan pembohong mengetuai UMNO. Ataupun adakah ini petunjuk dunia hampir kiamat, kerana orang tidak layak memimpin diangkat dan diiktiraf sebagai pemimpin seperti yang terkandung didalam hadis. Wallahuallam.
Catat Ulasan