Hari Sabtu yang lalu (22 November 2008) saya telah berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan anak lelaki Hj. Mat Yusof b. Man, bekas pegawai Pejabat ADUN Kawasan Batang Kali semasa saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Hadir sama di majlis tersebut adalah ahli-ahli keluarga saya dan beberapa kakitangan pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, semoga berbahagia hendaknya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Hj. Mat Yusof dan isteri di atas undangan tersebut.

0 ulasan:
Catat Ulasan