KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM51.4 juta bagi membina dan membaik pulih 2,102 rumah rakyat miskin tegar di seluruh negara tahun depan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Beliau berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada 10,510 isi rumah baru keluarga miskin.
Dengan tambahan isi rumah baru itu, beliau berkata jumlah rakyat miskin tegar yang menerima manfaat rumah baru sejak dua tahun lepas bertambah kepada 28,375 isi rumah.
"Sejak dua tahun lepas, kementerian membelanjakan lebih RM54 juta membina dan membaik pulih 17,865 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) bagi menyediakan rumah yang selesa untuk rakyat miskin tegar.
"Jumlah itu tidak termasuk 15,000 unit rumah yang akan dibina di bawah program khas menggunakan peruntukan RM525 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM7 bilion," katanya selepas melawat warga emas, Wook Mohamad, 68, yang uzur di Kampung Losong Panglima Perang di sini, Sabtu.
Muhammad berkata rumah-rumah yang akan dibina atau dibaik pulih merupakan rumah batu bagi menggantikan rumah kayu yang usang, dengan kualiti dinding dan siling yang lebih baik berharga RM33,000 seunit.
"Di Sabah dan Sarawak rumah-rumah berkenaan dibina dengan harga RM40,000 seunit," katanya.
Beliau berkata lebih 50 peratus daripada pembinaan rumah-rumah itu akan dilaksanakan di Kelantan, Sarawak dan Kedah manakala bakinya di negeri-negeri lain di seluruh negara.
Katanya kementerian juga sedang mengemaskini data mengenai jumlah rumah yang akan dibina di Terengganu dan Sabah supaya bantuan dapat diberikan secara menyeluruh.
Beliau berkata pihaknya akan memperkenalkan cara baru mendapatkan maklum balas mengenai keluarga miskin untuk diberi rumah dengan menggunakan borang khas yang akan diedarkan kepada semua wakil rakyat di seluruh negara tahun depan.
"Wakil rakyat berkenaan perlu menyertakan gambar rumah yang usang untuk diganti baru atau dibaik pulih selain menyediakan maklumat seperti profil keluarga penerima yang difikirkan layak.
"Status tapak rumah mereka (keluarga miskin) yang didiami sekarang juga perlu disertakan dan kemukakannya kepada Bahagian Pembasmian Kemiskinan kementerian," katanya.

2 ulasan:
Dato,
Selain isu-isu Nasional dan isu tempatan KT, kebaikan BN juga harus dijelaskan secara terpeinci, terutama kebaikan BN yang berkaiatrapat dengan Kuala Trengganu dan Trengganu secara umum. Kita kena jelaskan kepada rakat akar umbi bahawa sejak merdeka kita tak pernah meminggirkan mereka, bahkan kita lah kerajaan yang sekian lama menyelamatkan bangsa trengganu dari terus famous dengan gelaran kemiskinan.
Terima kasih di atas pandangan dan cadangan.
Catat Ulasan