KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.
Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.

2 ulasan:
Salam Dato',
Adakah ini satu kebetulan atau 'drama' arahan seseorang. Jemput baca ulasan di blog saya.
Tk.
Salam Dato',
Kalau dah bersalah terima sajalah hukumannya. Ianya lebih kurang langgar lampu isyarat merah. kadang-kadang kita terlepas kadang-kadang kita tertangkap. Tak semestinya bila tak tertangkap dulu kita tak langgar undang-undang, cuma tak tertangkap.
Driver yang bawa kereta langgar lampu merah, kita di dalam kenapa tak tegur. Betullah yang kena saman driver,tapi yang kena malu kita. Dah tahu salah kenapa tak tegah. Takkan tak tahu undang-undang ada. Kalau tak tahu tak patut sangat.
Dulu pun ada yang kena tangkap dan dijatuhi hukuman. Itupun pasal dok bermegah bercerita sendiri dia langgar lampu merah. Tak payah ceritapun semua orang tahu dia memang langgar lampu merah. Yang lain pun ada langgar juga tapi taklah dok bermegah.
Catat Ulasan